Rama-rama dan wanita


Assalamualaikum,apa khabar semua readers?
Alhamdulillah....

Entri kali ini marjan ingin bercakap mengenai rama-rama.Kalau sebut pasal rama-rama mesti terbayang2 dengan kecantikannya dan dengan melihatnya kita menjadi suka dan ceria.
Tetapi apa kaitan rama-rama dan wanita.Cubalah tangkap dan pegang rama-rama dengan sayapnya.Lihatlah pada tangan,apa yang melekat padanya adalah warna dan corak yang menghiasi badan rama-rama tersebut sudah berpindah ke tangan orang yang menyentuhnya.Maka kali tiada siapa yang ingin lagi menangkapnya kerana harganya sudah hilang dan sudah tidak lagi dikagumi.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya. 

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam,jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

1 comment:

  1. salam, saya dtg menjayakan segmen tingkatkan followers. sudah folo sini ... :)

    maaf saya x dapat cari entri tersebut di sini ....

    http://pimpintangan.blogspot.com/2011/10/jom-join-kempen-tingkatkan-jumlah.html

    ReplyDelete

kalau nak komen,komen kat cni...
Bismillahirrahmanirrahim...