Belajar Last Minute Secara Berkesan..


Assalamualaikum Readers..
Post Kali ni Bukan nak galakkan korang supaya belajar last minute tapi kalau2 korang dah TERbelajar last minute bolehlah amalkan tips ini..Especially for spm candidates yang dah tak lama lagi akan menduduki xam.Antara Tips2 nya..

  • Bertenang dan jangan cemas
Jangan cemas..tiada faedah jika cemas keterlaluan.
Bertenang..
selepas itu,buat penilaian apa yang perlu dilakukan seterusnya..
Rancang tindakan dan disiplinkan diri untuk ikut perancangan yang dibuat.

  • Beri tumpuan Lebih terhadap pembelajaran
Tumpukan fikiran terhadap embelajaran
jangan terlalu fikirkan bahawa korang kesuntukan masa.
hafal apa yang patut dihafal dan tak berlengah2
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. 
Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. 
Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.

  • Yakin Terhadap Kebolehan Diri
Selalu tanamkan dalam diri  bahawa “saya boleh” 
 tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. 
Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

  • Masa Rehat Secukupnya
Kalau letih,Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. 
 bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.

  • Hapuskan Tabiat suka Tidur
Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan.
 Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. 
Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur.
 Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda perlu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.

  • Jangan ambil sebarang ubat yang meragukan
 Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. 
Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.
Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. 
Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. 
Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.

  • Beri Tumpuan Lebih Pada Bab Yang Penting.
 Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. 
Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. 
Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. 
Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. 
Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.

p/s:jangan amalkan belajar last-minute..Nasihat untuk anda dan saya

3 comments:

  1. huh! suka tips nie.. =]
    era selau belajar last minute.. tak patut betl.. -.-'

    ReplyDelete
  2. @era kecik saya pon..jom sbb kita mampu mengubahnya

    ReplyDelete

kalau nak komen,komen kat cni...
Bismillahirrahmanirrahim...