Mujahadah Itu Pahit Kerana Syurga Itu Manis

“Kau ni Mad, cuba rajin sikit belajar, ni asyik main game je, MUJAHADAH Mad, MUJAHADAH, baru boleh berjaya”. nasihat Ali kepada Ahmad

“Ish, kenapalah  aku ni susah sangat nak bangun awal Subuh, jam loceng aku dah kunci tapi tak mampu juga bangun, bukan aku tak sedar tapi memang sengaja aku malas” rungut Imran kepada Amir
“Tu lah kau, kurang MUJAHADAH, kalau betul nak bangun subuh kena la MUJAHADAH sikit”. Amir menasihati Imran
Demikianlah dialog spontan yang biasa kita dengar, Mujahadah, Ya, Mujahadah, mujahadah untuk berjaya. Mujahadah boleh diertikan sebagai usaha melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu untuk mencapai sesuatu yang lebih bermakna. Apabila nafsu dapat dikalahkan maka seseorang itu akan  mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi



Main game semalaman!, wah bestnya
Tidur seharian!. wah lazatnya
Layan  movie!. .wah nikmatnya, boleh hilang bosan
Rokok!..barulah macho
Couple!..baru hidup lebih bermakna



Demikian sebahagian antara kehendak peribadi mahasiswa/wi kampus yang berkiblatkan hawa nafsu semata.  Seronok ke main game lama lama?, seronok ke couple?, macho ke hisap rokok?, hilang ke bosan dengan tengok movie?. Jawapannya, Ya, kerana apa?, kerana demikianlah hawa nafsu mengajarkan. 


"..Sesungguhnya nafsu itu sangat mengarahkan kepada kejahatan melainkan mereka yang dirahmati Tuhanku (Surah Yusuf ayat 53)
Maka, dari sinilah kita perlu menanamkan azam untuk mendidik nafsu, nafsu adalah kecenderungan jiwa kepada perkara-perkara yang selaras dengan kehendak peribadi. Kecenderungan ini secara fitrah telah diciptakan pada diri manusia demi kelangsungan hidup 
Sebagai contoh, apabila seseorang tiada selera terhadap makanan, minuman dan keperluan biologis lainnya niscaya tidak akan tergerak untuk makan, minum dan memenuhi keperluan biologis tersebut.Nafsu akan mendorongnya kepada hal-hal yang dikehendakinya tersebut. Sebagaimana rasa emosional mencegahnya dari hal-hal yang menyakitinya. Sekiranya nafsu tersebut dihalakan kepada yang baik, maka natijahnya adalah Syurga


Hai nafsu yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku. (Q.S. Al-Fajr : 27-30)


Namun karena kebiasaan orang yang mengikuti hawa nafsu, syahwat dan emosinya tidak dapat berhenti sampai pada batas yang bermanfaat saja maka dari situlah hawa nafsu, syahwat dan emosi dicela, karena besarnya mudharat yang ditimbulkannya.


Rakan rakan,


Manusia selalu diuji dengan hawa nafsu, tidak seperti haiwan, setiap saat ia mengalami berbagai macam keinginan, lalu setiap keinginannya hanya dituruti tanpa perlu memikirkan apapun risikonya.  Berbeza dengan manusia, selalu diuji dengan hawa nafsu namun sentiasa memikirkan kesan dari perlakuannya. Itulah manusia BIJAK.
Setidaknya, kita harus mempertimbangkan setiap keinginan nafsu kita dengan dua neraca utama

Neraca Agama
Neraca Akal



Neraca agama, ya, neraca agama. Apakah yang akan dilakukan sesuai dengan kehendak agama atau tidak, jika sesuai lakukan jika tidak, tinggalkan.


..Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah, dan apa yang dilarang tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah sangat keras hukumannya..(As-Saff 59:7)


Dan Allah memberikan ancaman keras kepada siapa yang dengan sengaja melangar ketetapan yang telah Allah tetapkan berupa hukuman yang sangat keras.

Couple, berpegang tangan dan bergaul bebas,  adakah dibenarkan Islam atau tidak?

Merokok, yang sudah jelas membawa mudarat pada kesihatan, adakah dibenarkan Islam atau tidak?
Menonton movie movie tidak senonoh, adakah dibenarkan Islam atau tidak?

Sekiranya kita sudah maklum akan jawapannya dan kita masih tegar hendak melakukannya, maka kita termasuk salah seorang yang Allah janjikan dengan azab yang pedih seperti termaktub dalam ayat di atas, wali’yazubillah.


Neraca ke dua, neraca akal,


Adakah dengan bermain game semalaman akan menjadikan kita termasuk kumpulan mahasiswa/wi yang cemerlang di universiti?

Adakah dengan tidur seharian pada siang hari kerana berjaga malam akan memasukkan kita dalam golongan pelajar yang tinggi CGPA nya?
Adakah dengan menonton kartun kartun yang membuang masa akan membuatkan kita termasuk kategori pelajar contoh di kampus?


Rakan rakan,


Sekiranya kita sudah maklum akan jawapannya, maka diperlukan satu usaha yang hanya dapat disimpulkan hanya dalam satu kata ‘MUJAHADAH’, maka kita akan termasuk dalam kategori orang yang berjaya didunia dan meraih Syurga di akhirat sana.


Sebagai kalam akhir, saya petik ungkapan Al Iman Ibn Qayyim
Janganlah sampai haiwan ternak lebih baik keadaannya daripada dirimu! Sebab dengan tabiat yang dimilikinya, haiwan tahu mana yang berguna dan mana yang berbahaya bagi dirinya. Haiwan ternak lebih mendahulukan hal-hal yang berguna daripada hal-hal yang membahayakan. Manusia telah diberi akal untuk membezakannya, jika ia tidak mampu membezakan mana yang baik dan mana yang berbahaya atau mengetahui tetapi lebih mendahulukan yang membahayakan dirinya maka jelas hewan ternak lebih baik dari pada dirinya
Wallhua’lam, 




2 comments:

kalau nak komen,komen kat cni...
Bismillahirrahmanirrahim...