Kenapa BerBlog??

~Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum..

Kenapa Berblog??

Adakah Sebab nak Dapat Banyak Followers?Nak Popular?Nak Berdakwah?

semuanya bergantung atas niat masing-masing..

Hadis Pertama dalam Hadis 40 Imam Nawawi:
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
Tengok!Betapa pentingnya Niat..Hanya niat yang dapat membezakan amalan seseorang..
Kita akan mendapat sesuatu yang diniatkan..Jika berblog untuk dapat nama?nama sahaja yang kita dapat..
Tetapi sekiranya kita niat berblog untuk berdakwah kerana Allah  ..Insyallah kita akan dapat kedua2 nya..
"kejar dunia akhirat akan lari dari kita..tetapi kejar akhirat dunia turut akan mengejar kita..


Kita bagi dua situasi..Seorang blogger yang ping entry semata2 untuk rebut follower dan seorang blogger yang juga daie yang ping entry untuk mendapat follower dengan niat untuk rebut Mad'u??Siapakah diantara mereka mendapat pahala diatas niatnya?Fikir2kanlah..

 inilah kebiasaan yang terjadi dalam dunia blog...
Ramai yang menjadikan blog ini tempat mereka meluahkan segala permasalahan mereka..Hanya Allah tempat mengadu dan meluahkan perasaan..Jadi tidak perlu untuk kita menjadikan sesuatu selain Allah sebagai tempat mengadu..Oleh itu,Tak salah kan kalau jadikan blog ni sebagai medan dakwah???..

Ape ape pun..Dakwah itu wajib tak kira ape medium yang kita gunakan blog,facebook,twitter ataupun tumblr..
Tidak ade istilah.."Buat Masa ni aku tak nak berdakwah..aku nak tumpukan pada studies aku"

Jadi marilah sama2 kita Amar Makruf Nahi Munkar..


Follow my blog with Bloglovin

2 comments:

kalau nak komen,komen kat cni...
Bismillahirrahmanirrahim...