Pulang Ke Kelantan..

Alhamdulillah..selamat sampai Kelantan walaupun terdapat liku ditengah2 perjalanan.
Semalam kelas abis 3.30 dan saya bersama sahabat saya Hakimah dan Afera pulang ke kelantan..
tepat pukul 5 bas rapidkl sampai dan kami memasukkan diri kami yang 'kecik' ni kedalam badan bas yang penuh dengan manusia..
Sambil menunggu tibanya bas sani yang dijangka pukul 8.30 akan sampai,Kami berbual..
Dalam pukul 8.49....
Kami melambaikan kepada bas yang sepatutnya kami naik..Bye.Tidak tergerak hati kami untuk tengok setiap bas.memang sudah Allah tentukan yang kami akan ditinggal tetapi diganti dengan hikmah iaitu pengalaman yang sangat bernilai.Afera bertanya kepada seorang pakcik dan dia kata yang bas kami sudah berlepas..Salah seorang sahabat saya hampir menangis .Tetapi tidak tahu mengapa hati saya tidak rasa berdebar pun walaupun ditinggalkan bas..mungkin kerana ada sahabiah2 disisi.Selepas itu,kami disuruh untuk naik bas sani yang akan ke terengganu dan kami akan naik bas kami  di perhentian shah alam..
Sampai je perhentian Shah alam,kami naik bas sani kami dengan muka tembok.
Ape2 pon,Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya dengan sesuatu yang kita tak mampu untuk menghadapinya.Lihat ..kami tetap sampai Ke kelantan..cuma ada sedikit ujian untuk kami sampai..mungkin kerana terlalu gembira.Suka2 itu duka..

Wallahua'lam

ingin baca selanjutnya:Mawaddah Fil Jannah


No comments:

Post a Comment

kalau nak komen,komen kat cni...
Bismillahirrahmanirrahim...