Belajar Daripada Alam..

Bismillahirrahmanirrahim..
Asslamualaikum..
BELAJAR DARI ALAM.

ada apa pada alam ini?
tika kalian berada di luar rumah..
dikelilingi alam semulajadi ciptaanNya ini..
cuba pejam mata kalian sejenak..
1...2....3.....
apa yang kalian dengar??
Angin?
apa yang kalian rasa?
Tenang?
Ya..sememangnya kita mesti akan merasa tenang ketika itu?
mengapakah??
Kerana Alam Bertasbih kepada Allah..
disaat Alam bertasbih kepada yang maha Esa..
Hati kita semestinya akan merasa tenang..

Dalam surah Al-saff ayat pertama
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Lihatlah..hanya dari Alam kita dapat mencontohi sifat2 dari nya..
sebagaimana air terjun dapat melekukkan batu yang keras kerana istiqamah..
Begitulah juga kita..
Jikalau kita istiqamah ..bende yang susah pasti menjadi senang buat kita..
Kerana sudah terbiasa melakukannya..


selain itu,Kita dapat mencontohi sifat husnul zhonn pada lebah...cuba kita lihat lebah..setiap apa yang dia tengok mesti benda yang baik,dan manis berbeza pula dengan lalat ..apa sahaja yang ingin dilihatnya adalah sesuatu yang busuk dan kotor..iaitu sesuatu yang tidak baik..Jadi kita sebagai manusia..lihatlah dengan menggunakan kaca mata lebah dan bukan dengan kaca mata lalat..

Yang pastinya..Alam merupakan penghubung kita dengan Allah..dengan melihat alam sahaja kita akan mengagumi kekuasaanNya..
Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

kalau nak komen,komen kat cni...
Bismillahirrahmanirrahim...